Fiqh Sains Dan Teknologi - Mendepani Isu Perubatan Kontemporari
Author: Mohammad Naqib Hamdan, Muhammad Faiq Mohd Zailani, Mohd Fauzi Abu @ Hussin
Publisher : USIM Press
ISBN: 9786297636283
Page: 226 m/s
Year: 2024
Price: RM56
Bidang sains dan perubatan berkembang dengan sangat pesat dewasa ini, lebih-lebih lagi selepas revolusi industri yang berlaku di Eropah. Kesannya pelbagai ciptaan dan inovasi diperkenalkan demi kemaslahatan manusia.
Namun, sebagai seorang Muslim yang terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, setiap inovasi dan ciptaan yang dihasilkan mestilah menepati kehendak syarak dan tidak memberikan mudarat kepada manusia.
Lima unsur utama yang dikenali sebagai al-daruriyat al-khams perlu dipelihara. Justeru, buku ini mengumpulkan beberapa penulisan berkenaan isu terpilih dalam bidang sains dan perubatan yang dibincang dari perspektif hukum Islam, seperti penggunaan ular dalam perubatan, teknologi bayi tri-induk, CRIPS-Cas9 dan mati otak menurut perspektif Islam di samping elemen darurah dalam amalan perubatan dan etika perubatan menurut al-Razi.
Buku ini sangat sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat melibatkan para pelajar di universiti sehinggalah para penyelidik dan pengkaji dalam sains dan syariah.