Fiqh Wanita Semasa
Author: Siti Fatimah Salleh
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834921156
Weight:
Pages: 195pp
Year: 2019
Price: RM20
Buku ini menawarkan penyelesaian kepada beberapa isu semasa yang dihadapi oleh wanita kontemporari di Malaysia yang disesuaikan dengan perubahan sosial pada masa kini. Pengenalan tentang perubahan sosial dan hubung kait dengan hukum syarak dibahaskan berlandaskan al-Qur'an, Sunnah dan pendapat mazhab yang muktabar. Antara isu yang dibahaskan termasuk isu penyusuan bayi yang melibatkan pensabitan nasab, ibu susuan dan kesan suntikan hormon. Selain itu, dibincangkan juga hukum isteri berkerjaya yang melibatkan isu nafkah, 'iddah dan ihdad (pengurungan dalam rumah). Dibincangkan juga pelbagai isu lain seperti hukum wanita yang bermusafir, wanita dalam keaddan haid dan nifas menyentuh al-Qur'an serta zakat perhiasan emas dan perak.