​Fosil Dialek Melayu Hulu Pahang

RM35.00
9789674122041
Out of stock

Fosil Dialek Melayu Hulu Pahang

Author/Editor: Mohd Tarmizi Hasrah, Rahim Aman, Shahidi A. Hamid

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674122041

Weight: 150g

Pages: 112

Year:

Price: RM35


Fosil dialek Melayu Hulu Pahang adalah sebuah buku yang mengkaji salah sebuah dialek Melayu yang dituturkan oleh masyarakat di Hulu Pahang. Untuk mengkaji dialek yang dinyakan itu, buku ini menerapkan tatakedah ilmu linguistik perbandingan sejarawi yang dikenali juga sebagai dialektologi diakronik. Oleh sebab itu, titik tumpuan perbincangan yang terkandung di dalamnya, sebagaimana menjadi kelaziman ilmu tersebut, berlegar-legar pada dua perkara, iaitu rekonstruksi dan klasifikasi. Menyentuh tentang rekonstruktsi, buku ini tampil mengemukakan bentuk purba hipotesis sebuah dialek yang digelas Dialek Hulu Pahang Purba, atau singkatannya DHPP, bersekali dengan ciri-ciri linguistiknya, selain ciri-ciri linguistik varian turunannya. Manakala, mengenai klasifikasi pula buku ini memaparkan hubungan dialek purba tersebut dari dua arah, iaitu arah menegak (vertikal) dan arah mendatar (horizontal): arah menegak bererti hubungan DHPP dengan bahasa induknya; sedangkan hubungan mendatar bererti hubungan antara varian turunan DHPP. Kesimpulan daripada analisis mengenai rekonstruksi dan klasifikasi Dialek Hulu Pahang Purba menghadirkan hal-hal yang mengubah beberapa tanggapan umum mengenai dialek Pahang yang am dan dialek Hulu Pahang, sekali gus menggodak tanggapan mengenai batasan penyebarannya. Selain itu, turut mengimplikasikan sesuatu yang berguna kepada teori penyebaran dialek Melayu secara umumnya.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI