Gagasan Kesyumulan Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam
Author: Hailani Muji Tahir
Publisher: Penerbit UKM
Pages: 368 pp
ISBN:9789674123369
Price: RM40.00
Buku ini menjadi asas memahami gagasan ilmu dan minda fiqh muamalat dalam menjana inovasi pelbagai produk dalam sistem kewangan Islam yang boleh merungkai segala persoalan dalam pembangunan sistem ekonomi dan kewangan. Dengan memahami gagasan dan kesyumulan forensik fiqh muamalat pastinya boleh membawa pendekatan yang harmoni kerana setiap individu dapat memahami perkara asas yang menjadi garis panduan mudah bagi mencari jalan penyelesaian. Asas kesempurnaan kaedahnya adalah berdasarkan hukum asal sesuatu perkara itu dibolehkan sehinggalah ada dalil yang menyatakan sebaliknya, dan setiap perkara itu mestilah dirujuk apakah ianya termasuk dalam dalil yang jelas atau dalil ijtihadiyyah; apakah ianya termasuk dalam persoalan usul atau furu' ; disepakati atau berbeza pendapat. Jika perkara itu dapat dikenal pasti, dibuktikan dengan jelas dan meyakinkan, maka hal tersebut akan dapat menyelesaikan pertikaian yang timbul.