Galeri Dunia
Author: Yova Stankova
Translator: Harny Khair
Publisher: Biblio
ISBN: 9786297733326
Weight: 255 gsm
Pages: 244 m/s
Year: 2025
Price: RM35
"Satu-satunya cara untuk kenal diri kau sendiri bukan dengan melihat ke luar, tapi ke dalam. Apabila kau tengok ke dalam diri kau, kau akan nampak kekosongan yang selama ini menghalang segalanya."
Selepas perceraian dengan seorang lelaki Rusia yang kaya, seorang wanita muda menetap di galeri bekas suaminya di Sofia, Bulgaria lalu bergelumang dengan seni lukis dan kesepian yang membenamkan dirinya setiap hari.
Dalam ruang yang penuh simbol, dia menyelongkar dirinya melalui kenangan, kegagalan dan hubungan dengan watak-watak di sekelilingnya. Setiap pertemuan menjadi cermin yang memantulkan siapa dirinya yang sebenar.
Ditulis oleh seorang wanita, untuk wanita, kisah ini menyentuh kejujuran tentang kehilangan, kekuatan dalaman, dan perjalanan untuk menemui diri sendiri. Pengakhiran yang terbuka memberi ruang untuk pembaca merenung: Bagaimanakah hidup perlu diisi?
Sebuah refleksi yang mendalam dan puitis tentang jiwa seorang wanita.