Gambaran Sikap Masyarakat Dalam Peribahasa

RM25.00
9789672516996
5 item(s)
+

Gambaran Sikap Masyarakat Dalam Peribahasa

Editor: Noor Syafiqah Ahamadi Palah & Suhaila Zailani @ Hj Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516996
Year: 2022
Pages: 123
Weight:
Price: RM25

Buku ini menjelaskan gambaran sikap manusia dalam peribahasa. Peribahasa dianggap sebagai cerminan bagi keperibadian manusia dan kehalusan bahasa serta pemikiran masyarakat. Keindahan peribahasa bukan sahaja terlihat pada struktur ayatnya tetapi juga terkandung makna tersirat yang menggambarkan keinginan, pemikiran dan nasihat secara halus dan berlapik. Dua peranan peribahasa dalam kehidupan manusia, pertama sebagai saluran yang memaparkan pelbagai realiti kehidupan dan kedua sebagai pedoman hidup, pengajaran dan teladan ke arah pembentukan sahsiah yang mulia. Buku ini turut membincangkan pengaplikasian lima strategi penterjemahan Larson bagi memindahkan gambaran sikap dalam peribahasa Melayu ke Bahasa Arab, iaitu mengekalkan gambaran sikap, menterjemahnya ke bentuk simile, menterjemahnya tanpa mengekalkan gambaran yang sama, mengekalkan gambaran yang sama beserta penjelasan makna dan menggantikannya dengan makna yang sama. Strategi terakhir iaitu penggantian dengan makna yang sama paling banyak dipraktikkan oleh penterjemah, kenapa dan bagaimana? Adakah strategi ini paling sesuai dilaksanakan bagi mendapatkan terjemahan peribahasa yang lebih tepat dan jelas maknanya? Pembaca perlu mendapatkan buku ini bagi mendapatkan jawapannya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI