Gastronomi Peribahasa dan Akal Budi Melayu

List price: RM35.00
RM25.00
You save: RM10.00 (29%)
Save 29%
9798672516859
4 item(s)
+

Gastronomi Peribahasa dan Akal Budi Melayu

Athor: Julaina Nopiah, Nor Hashimah Jalaluddin & Junaini Kasdan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9798672516859
Weight: 
Pages: 210
Year: 2022
Price: RM35

Kajian peribahasa telah banyak dilakukan. Lazimnya kajian peribahasa tertumpu kepada kajian makna khususnya makna harfiah. Ada juga kajian tentang objek yang dipilih dalam peribahasa. Buku ini menyediakan kelainan dari segi pendekatan menghuraikan peribahasa. Buku ini mendedahkan kepentingan pemilihan objek kemudiannya dikaitkan dengan makna peribahasa. Ada justifikasi kepada setiap objek yang dipilih dalam peribahasa. Analisis tidak terhenti setakat objek dan makna tetapi diteruskan dengan kaca mata multidisiplin, iaitu sains pemakanan. Objek buah-buahan dan sayur-sayuran dalam peribahasa berkaitan dengan pemakanan atau khususnya gastronomi. Objek, makna dan kesan pemakanan jelas terkesan pada makna keseluruhan peribahasa yang hendak disampaikan. Objek daging, madu, herba berkaitan dengan makanan berunsur panas. Pisang, delima, timun mempunyai unsur sejuk. Rebung dan keli mempunyai unsur bisa, manakala labu, nangka dan makanan menjalar mempunyai unsur angin. Kesemua unsur panas, sejuk, bisa dan angin boleh membawa kesan positif atau negatif pada si pemakan. Apa yang lebih menarik unsur ini boleh menjadi refleksi kepada makna peribahasa yang dikaji, malah boleh dikaitkan dengan akal budi Melayu. Makanan berunsur panas, contohnya membawa refleksi sikap hasad dengki, khianat dan hipokrit, manakala makanan berunsur sejuk membawa kepada kebahagiaan dan kegembiraan. Inilah kelainan yang kami hadirkan dalam buku Gastronomi, Peribahasa dan Akal Budi Melayu. Selain makna peribahasa, kita dapat meyelam pemikiran Melayu melalui kajian multidisiplin ini.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI