Geografi Pilihan Raya Di Malaysia

RM68.00
9789674881870
5 item(s)
+

Geografi Pilihan Raya Di Malaysia 

Editor: Amer Saifude Ghazali Junaidi Awang Besar
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881870
Weight:
Pages: 
Year: 2021
Price: RM68

Buku ini menampilkan himpunan penulisan para sarjana tempatan yang mengkhusus dalam bidang geografi pilihan raya. Penulisan bab-bab merupakan hasil dan analisis kajian pada peringkat pascasiswazah, penyelidikan di lapangan, rujukan sumber sekunder yang berautoritatif dan pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan. Kandungan buku ini membincangkan bidang kajian geografi pilihan raya di Malaysia dari sudut amalan dan aplikasi geografi dalam pilihan raya terhadap pemimpin, pengundi, parti politik, proses pilihan raya, kawasan pilihan raya, pola pengundian, demografi, etnik, belia dan geobencana. Geografi pilihan raya adalah kajian mengenai proses pilihan raya atau perwakilan yang berdasarkan faktor geografi iaitu perwakilan yang berdasarkan taburan pengundi serta kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di sempadan sesuatu kawasan pilihan raya merupakan elemen penting dalam pengkajian geografi politik. Secara mudahnya, bidang kajian geografi pilihan raya merangkumi persempadanan bahagian pilihan raya; pemetaan dalam keputusan pilihan raya; pengaruh unsur geografi iaitu interaksi, gerakan, sebaran dan kejiranan/sempadan terhadap politik pilihan raya; dan tingkah laku pengundian dan pola pengundian mengikut aspek geografi seperti dinamika ruang dan masa, kewilayahan, saiz dan bentuk kawasan, taburan geografi, jarak, ketersampaian, kejiranan, lokasi, geografi fizikal dan keterbandaran. Buku ini mesti dijadikan rujukan oleh pengkaji politik, masyarakat, pelajar pengajian tinggi dan calon pascasiswazah kerana sarat dengan olahan naratif pilihan raya dari perspektif geografi, data dan fakta yang digabungjalinkan dengan perbincangan analisis kritis yang mementingkan aspek nilai agar semua pihak dapat menerima seterusnya menilai fenomena politik pilihan raya di negara ini secara rasional dan dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha mengembangkan bidang kajian geografi pilihan raya.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI