​Geografi Politik Dan Pilihanraya Kelantan

RM46.00
9789831007907
Out of stock

Geografi Politik Dan Pilihanraya Kelantan

Author/Editor: Amer Saifude Ghazali

Publisher: UM Press

ISBN: 9789831007907

Weight: 300

Pages: 206

Year: 2015

Price: RM46


Kebanyakan kajian berkaitan dengan politik dan pilihan raya secara umum ataupun spesifik di Kelantan lebih bersifat deskriptif dan pemerhatian secara langsung sesuai dengan disiplin pengajian akademik masing-masing seperti Sejarah, Sains Politik, Antropologi, Pengajian Kewilayahan dan Pengajian Islam. Namun begitu, buku ini menggunakan pendekatan geografi untuk menganalisis dan menterjemahkan keputusan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen 2008 di Kelantan yang menekankan kepada manifestasi perhubungan antara manusia dengan alam. Dalam konteks geografi politik dan pilihan raya, manusia diwakili oleh pengundi, pelaku politik termasuk pemerintah dan pembangkang manakala komponen alam merangkumi aspek negara dan organisasi bernegara. Aspek negara dan organisasi bernegara dalam kajian ini memfokuskan kepada perjalanan dan keputusan pilihan raya yang akan menentukan pemerintah atau kerajaan di sesebuah negeri dan negara. Kajian ini juga menggunakan pendekatan analisis kuantitatif deskriptif dan inferensi untuk menterjemah dan mentafsirkan keputusan pilihan raya DUN dan parlimen pada 2008 bagi memahami gelagat pengundian masyarakat Kelantan. Namun begitu, corak pengundian masyarakat Kelantan juga dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain terutamanya sistem pilihan raya first-past-the-post yang dipraktikkan oleh negara. Pendekatan Geografi yang dilaksanakan dalam kajian ini jauh daripada menepati kesempurnaan dan komprehensif. Malah ia lebih bersifat lengkap-melengkapi dengan kajian-kajian yang dibuat dalam disiplin-disiplin akademik yang lain. Kajian ini juga diharapkan dapat menambahkan lagi koleksi kajian berkaitan dengan politik dan pilihan raya secara umum di Malaysia dan secara khususnya di Kelantan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI