Gerakan Koperasi di Malaysia: Menongkah Kebekuan
Author: Juliawati Janius
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881092
Pages:
Weight:
Year: 2019
Price: RM56
Gerakan koperasi bukan satu fenomena baharu. Malah, di negara-negara maju, gerakan koperasi berjaya berada sama paras dengan bentuk perniagaan atau entiti ekonomi lain, sama-sama bersaing di pasaran tempatan dan global dan diiktiraf sebagai enjin kepada pertumbuhan ekonomi. Buku ini membawa pembaca mengenali koperasi dengan memahami apa itu koperasi dari awal kemunculannya, bagaimana koperasi berkembang merentasi negara dan benua, diguna pakai dalam sistem ekonomi berbeza dan pelbagai tahap pencapaiannya melalui pemaparan contoh contoh koperasi luar negara.
Buku ini ditulis berdasarkan kajian mendalam mengenai gerakan koperasi dan membincangkan isu-isu mengenai koperasi yang tidak pernah diselidiki atau ditulis sebelum ini. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan lengkap untuk semua lapisan pembaca, daripada pengamal koperasi, ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar, ahli politik, pelajar institut pengajian tinggi dan pelajar sekolah serta orang ramai yang ingin tahu tentang koperasi dan persoalan persoalan yang berkaitan dengannya yang tidak pernah diberitakan sebelum ini.
_____________________________________________
Juliawati Janius telah dianugerahkan PhD in Economics oleh The University of Sheffield, England dalam tahun 2007 untuk kajian beliau ke atas gerakan koperasi di Malaysia. Beliau juga telah memperoleh Masters in Co-operative Economics daripada Philipps Universitaet Marburg di Jerman dalam tahun 1992 bagi kajian beliau ke atas gerakan koperasi di Jerman Timur selepas kejatuhan Tembok Berlin. Beliau kini adalah Timbalan Pengarah di Suruhanjaya Koperasi Malaysia.