Gerakan Patriotisme dan Kebangsaan dalam Peradaban Malaysia

Contact us for a price
9789834168186
8 item(s)

Gerakan Patriotisme dan Kebangsaan dalam Peradaban Malaysia

Editor: Abdul Latiff Abu Bakar
Publisher: UPSI Press
ISBN: 9789834168186
Weight: 0.519 kg
Pages: 336
Year: 2013
Price: 

Di dalam buku ini dimuatkan sebahagian artikel-artikel berdasarkan Seminar Perjuangan Kebangsaan dan Patriotisme Dalam Peradaban Malaysia pada 18-20 Disember 2011 dan beberapa artikel yang terpilih. la dimulakan dengan artikel yang bertajuk, "Patriotisme Laksamana Hang Tuah", karya Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin. Artikel berkaitan gerakan patriotisme ini diteruskan oleh Prof. Datuk Dr. Abdullah Zakaria Ghazali yang mengesahkan tentang "Gerakan Patriotisme dan Perjuangan Menuntut Kemerdekaan" yang menganalisis Gerakan Patriotisme orang Melayu menentang penjajah sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957. Bermula pada awal abad ke-20, akhbar Melayu pula memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat orang Melayu membela kepentingan orang Melayu dan menentang penjajahan Inggeris seperti yang digambarkan oleh Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar dalam artikelnya bertajuk "Peranan Akhbar Melayu Dalam Gerakan Kebangsaan". Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim (SITC) pula memainkan peranan penting membangkitkan semangat patriotisme dan kebangsaan di kalangan pensyarah dan pelajar dengan menghasilkan rencana dan puisi serta bergerak cergas membangkitkan semangat dan kesedaran kepada orang Melayu untuk bergerak menuju kejayaan dan mencapai kemerdekaan. Ini digambarkan dalam artikel bertajuk " Peranan SITC Dalam Gerakan Kebangsaan " yang dihasilkan oleh Prof. Dato' Dr. Zakaria Kasa dan Prof. Madya Dr. Ishak Saat. Gerakan Kebangsaan Melayu yang berkembang pada awal abad ke-20, menerima pengaruh luar yang kuat dari Indonesia, Timur Tengah, China dan India. Dilihat dari perspektif sejarah dan peradaban Malaysia, perjuangan orang Melayu selaku penduduk asal negeri ini tetap dominan bagi menegakkan Institusi Raja Melayu dan mahu melahirkan pemerintahan demokrasi berdasarkan Raja Berperlembagaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI