Globalisasi Dan Nasionalisme Ekonomi Di Asia
Author: Anthony P. D'Costa
Translator: Azman Ayub
Publisher: ITBM
ISBN: 9789674604530
Year: 2017
Weight: 0.300 kg
Price: RM40
"Negara-negara asia yang pesat membangun begitu berjaya
kerana melaksanakan strategi pembangunan negara, bukannya mengikut nasihat
daripada barat. Dalam persaingan sengit dalam kalangan firma dan negara yang
menjadi ciri globalisasi, developmentalisme baharu, iaitu nama yang saya
berikan untuk strategi ini, nasionalisma ekonomi memainkan peranan utama,
seperti yang ditunjukkan dalam buku ini dengan jelas sekali".
-Luis Carlos Bresser-Periera, Profesor Emeritus Fundacao
Getulio Vargas, Sao Paulo, Bekas Menteri Kewangan (1987), Menteri Pentadbiran
Persekutuan Dan Pembaharuan Negara (1995-98) Dan Menteri Sains Dan Teknologi
(1999), Republik Brazil.
"Nasionalisme menjadi teras dasar ekonomi yang
diamalkan oleh generasi baru merdeka yang mencabar universalisme zaman
kesedaran. Namun, tidak banyak yang ditulis tentang perkara ini. Buku ini
membetulkan keadaan dan memaparkan beberapa bab sangat menarik tentang
nasionalisme yang membolehkan kita memahami peranannya dalam pembangunan
ekonomi dengan lebih jelas. Kita berasa terima kasih, menjadi lebih bijak dan
lebih mengerti selain mendapat kepuasan intelek selepas membaca buku ini."
-Mendiang Alice H. Amsden, Profesor Ekonomi Pembangunan
Barton L. Weller, Massachusetts Institute Of Technology, Cambridge
"Dengan berpandukan pelbagai pengalaman di asia selatan
dan asia timur untuk mengkaji semula wacana nasionalis ekonomi masa lalu dan
kini, buku berharga ini memberi gambaran penting tentang persamaan dan
kepelbagaian kapitalisme nasional pada zaman globalisasi. Secara
keseluruhannya, buku ini mendorong kita memikirkan semula kepentingan dan
implikasi keterbukaan ekonomi, integrasi antarabangsa, merkantilisme, agenda
populis, strategi korporat, perusahaan milik kerajaan, dasar penswastaan,
lokasi geografi dan 'ruang dasar' untuk negara pembangunan."
-Jomo Kwame Sundaram, Penolong Setiausaha Agung Pbb bagi
Pembangunan Ekonomi, Jabatan Hal Ehwal Ekonomi Dan Sosial, New York.