Golongan LGBT dan Penyelewengan Tafsir
Author: Mohd Izwan Md Yusof, Muhd Najib Abdul Kadir & Mazlan Ibrahim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674128036
Pages: 171 pp
Year: 2019
Buku ini merupakan sebahagian
dari hasil kajian peringkat Doktor Falsafah menerusi tesis bertajuk Perspektif
Komuniti Lesbian, Gay dan Transgender Muslim Di Malaysia Terhadap Perlakuan
Homoseksual Dan Konsep Perkahwinan Di Dalam Al-Qur’an. Sebahagian daripada
tesis tersebut telah disesuaikan sebagai sebuah buku yang dapat memberikan
pencerahan berkenaan sikap sarjana Muslim terhadap isu LGBT. Golongan yang
cenderung menyokong LGBT terdiri daripada pengkaji dan penulis Muslim di Barat.
Justeru, buku ini menawarkan jalan keluar bagi mereka yang mahu memperbetulkan
perspektif dan perlakuan LGBT tanpa berkompromi dengan teks Al-Qur’an yang
jelas dan muktamad dengan pentafsiran yang tuntas dan jelas oleh para mufassirin yang muktabar. Selain itu,
buku ini juga menampilkan dapatan penting berkenaan 3 golongan LGBT Muslim di
dalam negara yang perlu ditangani dengan pendekatan yang bersesuaian.
Seterusnya, buku ini merumuskan bahawa majoriti daripada komuniti LGBT Muslim
yang ditemubual belum mempunyai kecenderungan untuk menjustifikasikan perlakuan
LGBT dengan menyelewengkan pentafsiran ayat-ayat al-Qur’an sebagaimana yang
dirintis oleh pengkaji dan penulis Muslim yang menyokong LGBT di Barat. Oleh itu, buku ini sesuai dimiliki dan
berupaya menjadi panduan penting kepada ahli akademik, para pencinta ilmu,
orang awam serta ibu bapa dalam usaha menangani isu LGBT di dalam negara dengan
pendekatan yang tepat dan berhemah.
MOHD IZWAN MD YUSOF Ph.D,
Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Banyak terlibat sebagai pembentang
berkenaan topik LGBT menurut perspektif Islam di agensi kerajaan, universiti
dan sekolah. MUHD NAJIB ABDUL KADIR Ph.D, Profesor di Pusat Kelestarian Turath
Islami, Fakulti Pengajian Islam UKM. Kepakarannya dalam Tafsir al-Qur’an dan
Ulum al-Qur’an, Kajian Tafsir Nusantara dan Methode Tafsir. MAZLAN IBRAHIM
Ph.D, Profesor Madya di Pusat Akidah dan Keamanan Global, Fakulti Pengajian
Islam. Banyak menghasilkan buku dan kajian dalam bidang al-Qur’an, tafsir dan
hadis.