​Hadis 40 Imam Nawawi (Versi Braille)

RM180.00
9789674125257
3 item(s)
+

Hadis 40 Imam Nawawi (Versi Braille)

Author: Ahmad Yunus Mohd Nor

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674125257

Pages: 79pp

Year: 2017

Weight:

Price: RM180

Buku ini mengandungi hasil karya dan sumbangan besar Imam Nawawi dalam bidang ilmu Hadith. Hadith Rasulullah SAW merupakan sumber kedua dalam perundangan Islam. Ia berfungsi sebagai memperkukuhkan hukum yang terdapat di dalam al-Quran. Jesteru, penjelasan hadith Rasulullah SAW dapat membantu manusia dalam memahami keseluruhan kandungan al-Quran dengan kefahamannya yang tepat. Namun bagi golongan orang kurang uapaya (OKU) cacat penglihatan, terciptanya tulisan braille ini ibarat satu cahaya yang membawa mereka keluar dari kegelapan. Ini kerana, dengan tulisan braille, mereka dapat membaca al-Qur’an dan hadis dengan sendiri, bukan lagi sekadar mendengar melalui radio, MP3 atau CD sahaja. Pada masa kini, pengajian hadis braille masih terbatas kerana kebanyakan kelas pengajian agama OKU tertumpu kepada pengajian al-Quran Braille. Golongan OKU juga sukar untuk melaksanakan kelas Hadith braille kerana masih belum ada pendidikan formal tersebut sedangkan hadith adalah pelengkap kepada al-Quran. Hadith 40 Imam Nawawi versi Braille ini merupakan transkripsi daripada manuskrip kitab Hadith 40 asal tanpa membuat sebarang perubahan kecuali sedikit modifikasi terhadap tulisan agar disesuaikan dengan keperluan individu cacat penglihatan. Buku ini menjadi keperluan bagi individu cacat penglihatan untuk membaca Hadith dan pasti akan menarik minat mereka untuk mendalami ilmu Hadith. Penghasilan buku braille Hadith 40 Imam Nawawi ini adalah perintis untuk penambahbaikan bahan bantu mengajar bagi program pendidikan khas khususnya dalam pengajian Hadis.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI