Hadis Daif Dan Palsu Realiti Pemakaiannya Di Malaysia
Author: Faisal Ahmad Shah
Publisher: UM Press
ISBN: 978-983-100-949-9
Year: 2017
Weight: 0.350 kg
Pages: 234 pp
Price: RM58
Buku “Hadis Daif dan Palsu: Realiti Pemakaiannya di Malaysia” mengupas mengenai hakikat hadis daif dan palsu dari sudut definisinya, hukum meriwayatkan dan beramal dengannya selain kriteria dan ciricirinya. Buku ini juga memuatkan pengenalan ringkas kepada karya–karya ulama terdahulu dan masa kini yang mengumpulkan hadis-hadis daif dan palsu sebagai rujukan masyarakat awam. Pembaca juga akan didedahkan dengan maklumat mengenai realiti pemakaian hadis daif dan palsu di Malaysia dari aspek faktor penyebarannya, keberadaannya dalam karya-karya jawi, buku-buku bacaan awam selain
cabaran yang dihadapi oleh penerbit-penerbit buku agama di Malaysia dalam menerbitkan hadis-hadis nabi. Beberapa amalan ibadat masyarakat Islam di Malaysia yang bersumberkan daripada hadis daif dan palsu turut dibincangkan. Keistimewaan buku ini kepada pembaca ialah paparan koleksi 460 hadis yang tidak wajar disandarkan kepada nabi SAW sebagai panduan mereka.