Hadis Maqbul Dan Mardud Dalam Kitab Hidayat Al-Salikin
Author: Akhmad Sagir, Azwira Abdul Aziz, Muhammad Hasan Said Iderus
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512202
Weight:
Pages: 324
Year: 2020
Price : RM40.00
Buku ini memuatkan tentang status hadis yang ada dalam Kitab Hidayat al Salikin karya Syeikh Abdus Samad al Palembani serta nukilan tambahan saripada Shamsuddin Siddiq. Perbahasan dibuat untuk mengetahui status hadis sebagai bahan rujukan beramalan. Hadis yang terdapat dalam Kitab Hidayat al Salikin akan nampak maqbul atau mardud ketika diketahui hasil atau hukum secara kualiti sahih, hasan dan daif. Buku ini mengandungi enam bab mengikut tpik yang merangkumi hadis Rasulullah, mengenal matan dan sanad hadis, biografi Syeikh Abdus Saman al Palembani, Kitab Hidayat al Salikin, status Hadis dalam kitab Hidayat al Salikin, dan nilai hadisnya. Secara umumnya buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat yang memerlukan status hadis dalam kitab Hidayat al Salikin. Justeru penerbitan buku ini merupakan wahana bagi memertabatkan kitab Hidayat al Salikin dalam kalangan umat Islam, khususnya di Nusantara agar dapat terhindar daripada mengamalkan hadis yang tidak bersumber daripada yang sebenar serta membuka wawasan semua pihak untuk dapat bertoleransi kepada orang lain dalam hal khilaf.