Hadith Sifat Polemik Takwil dalam Sejarah Teologi Islam

RM52.00
9789672989745
3 item(s)
+

Hadith Sifat Polemik Takwil dalam Sejarah Teologi Islam

Author: Umar Muhammad Noor
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789672989745
Weight: 
Pages: 252
Year: 2021
Price: RM52

Hadith Sifat adalah istilah untuk setiap hadith yang secara zahirnya menggambarkan seolah-oleh tuhan memiliki sifat-sifat makhluk. Hadith-hadith tersebut misalnya menyebutkan bahawa tuhan turun ke langit dunia setiap malam. Tuhan juga tertawa, berjalan, dan menerima sedekah dengan tapak tangan-Nya. Bagaimana Hadith Sifat sepatutnya difahami telah mencetuskan polemik akidah terpenting dalam sejarah Islam dan melahirkan beberapa aliran seperti Mujassimah, Jahmiyyah, Hanabilah dan Asha’irah. Polemik ini berterusan pada abad moden seiring kemunculan pemikiran Salafi yang berusaha membawa pembaharuan akidah ke tengah mejoriti umat Islam yang berpegang kepada teologi Ash’ari dan Maturidi.

Buku yang berada di tangan anda ini memaparkan kronologi polemik Hadith Sifat sejak abad 2/8 hingga hari ini disertai kajian yang menganalisis aspek-aspek sosiopolitik yang berkaitan dengannya. Buku ini turut membahas kepelbagaian sikap yang dizahirkan oleh ahli hadith dalam menerima dan menolak takwil. Penerbitan buku ini disasarkan kepada semua peminat ilmu Hadith yang berminat mendapatkan perspektif baru, ilmiah dan objektif berkenaan topik penting ini, sekali gus ditujukan sebagai peletak batu asas bagi penyelidikan yang lebih mendalam.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI