Haiwan Dalam Peribahasa Melayu
Author: Wan Norasyikin Wan Ismail
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
ISBN: 9789834932312
Weight:
Pages:138
Year: 2022
Price: RM18
Buku Haiwan dalam Peribahasa Melayu ini merupakan himpunan peribahasa mengenai haiwan yang terdapat di alam Melayu yang merangkumi pelbagai jenis haiwan sama ada yang hidup di darat, di dalam air mahupun yang terbang di udara. Terdapat lebih daripada 80 spesies haiwan yang ditemui dalam peribahasa. Penggunaan haiwan dalam peribahasa ini menggambarkan betapa akrabnya hubungan antara manusia dengan haiwan sejak zaman-berzaman. Sesungguhnya pengkajian yang lebih mendalam tentang peribahasa dari pelbagai aspek perlu diteruskan kerana banyak lagi rahsia tentang budaya dan masyarakat Melayu yang belum terungkap. Buku ini sesuai digunakan untuk rujukan para pendidik sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Melalui buku Haiwan dalam Peribahasa Melayu ini secara tidak langsung menjadikan pengajaran mereka lebih menarik. Selain itu, buku ini juga dapat dijadikan panduan untuk generasi akan datang agar menghargai khazanah warisan nenek moyang mereka.