​Hak Asasi Manusia dan Persoalan Budaya

RM35.00
10 days
9789672007333
70 item(s)
+

Hak Asasi Manusia dan Persoalan Budaya

Author: Muthanna Saari

Publisher: ILHAM Books

ISBN: 9789672007333

Year: April 2019

Weight:

Pages: 164pp

Price: RM35.00

Wacana Hak Asasi Manusia seyogia berakar dan terbangun sebagaimana hak-hak asasi tadi harus dipertahan dan diamalkan. Suatu kesegaran apabila Hak Asasi ini masuk dalam ranah imaginasi moral dan terungkap dalam bahasa pemikiran dan nilai kita. Buku kupasan Muthanna Saari adalah suatu sumbangan berharga, dalam konteks di mana kita sering mendapati keraguan tentang hak asasi ini atas alasan kita memiliki gagasan hak asasi yang lebih baik dari apa yang sedia ada. Soalnya bukan siapa yang memiliki konsep hak asasi itu yang baik dan sahih dari yang lain; melainkan bagaimana kita ada keberanian dan kesanggupan moral dan nurani untuk melawan segala bentuk ketidakmanusiaan, betapapun ia dibuat atas nama yang muluk dan sakral. Moga usaha Muthanna berkembang dan mencakupi banyak perkara hak asasi yang lain. Ini tidak bisa ditangguhkan lagi.

Dr Azhar Ibrahim (Universiti Nasional Singapura - NUS)

Hak asasi manusia, walaupun sesuatu yang asasi untuk hidup kita, namun masih dicabar oleh perbezaan polemik kefahaman, yang adakalanya tidak memanfaatkan seorang aktivis yang cuba mempertahankan hak asasi untuk semua. Buku ini cuba mengupas konsep hak asasi dengan lebih mendalam untuk memastikan adakah itu merupakan perbedaan pendapat atau kurang kefahaman ataupun kedaifan yang disengajakan mengikut pola politik? Tahniah Muthanna Saari kerana berani berdepan dengan sentimen yang kononnya hak asasi adalah jajahan barat dan tidak boleh dipakai di negara lain. Selama kita mahu bersembunyi di belakang keselesaan ‘relativisme’, selagi itulah Malaysia akan terjebak dalam posisi ‘defensif’ untuk cuba memberi penjelasan yang berbaur alasan. Demi meneruskan tabiat, polisi dan perundangan membangun hak asasi sejagat yang patut wujud untuk setiap insan, kita berharap buku ini dapat membawa pencerahan radikal demi Malaysia baru yang dinanti-nantikan.

Jerald Joseph (Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia - SUHAKAM)


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI