​Hak Kanak-kanak di Malaysia: Perspektif Perundangan

RM40.00
9786294860056
1 item(s)
+

Hak Kanak-kanak di Malaysia: Perspektif Perundangan

Author: Noor Aziah Mohd Awal
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860056
Weight: 258gsm
Pages: 164pp
Year: 2024
Price: RM40

Konvensyen Hak Kanak-kanak Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNCRC telah diluluskan pada tahun 1989 dan sejak itu masyarakat dunia telah menyaksikan pelbagai kemajuan yang luar biasa dalam melindungi dan memperkasa hak kanak-kanak. Berpandukan KHKK, negara-negara pihak telah menghasilkan pelbagai bentuk perundangan dan polisi yang dapat menjaga kepentingan terbaik bagi kanak-kanak, menolak sebarang bentuk diskriminasi terhadap kanak-kanak yang memelihara hak untuk hidup dan berkembang dan menjamin hak penyertaan kanak-kanak. Malaysia juga turut melaksanakan beberapa pembaharuan terhadap undang-undang sedia ada selepas meratifikasi KHKK, termasuklah perundangan Islam di negeri-negeri. 

Namun, dalam masa yang sama, masih terdapat ramai kanak-kanak di Malaysia yang tidak mendapat pendidikan, mati akibat penyakit berjangkit, dan masih ramai kanak-kanak mengalami keganasan, penderaan dan berkonflik dengan undang-undang. Perkembangan sebegini menuntut pelbagai pihak pemegang taruh, termasuk para cendekiawan dan sarjana, menghasilkan penulisan berimpak dan menyelidik isu-isu berkaitan kanak-kanak, terutamanya berkaitan polisi dan perundangan. Kanak-kanak memerlukan orang dewasa untuk melindungi mereka daripada sebarang bentuk kezaliman. Undang-undang yang sesuai perlu digubal dan yang sedia ada diperbaharui atau dipinda untuk memastikan kanak-kanak mempunyai hak dan hak-hak ini dilindungi dengan cara yang paling efektif. 

Buku adalah sebahagian daripada usaha untuk mengkayakan wacana ilmiah berkenaan hak kanak-kanak dalam konteks perundangan dengan membincangkan topik penting seperti Konvensyen Hak Kanak-kanak (KHKK), definisi kanak-kanak, perkahwinan kanak-kanak dan pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak di Malaysia. Semua perbincangan ini menyorot perkembangan terkini berkaitan hak kanak-kanak di Malaysia terutamanya dengan menyentuh peruntukan perundangan yang berkaitan kanak-kanak.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI