Hak Tuntutan Harta Di Mahkamah Syariah

RM35.00
9789672514756
1 item(s)
+

Hak Tuntutan Harta Di Mahkamah Syariah

Author: Md Yazid Ahmad
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9789672514756
Weight: 
Page: 177
Year: 2021
Price: RM35

Buku ini membicarakan elemen-elemen yang signifikan berhubung dengan harta. Perbincangna menerusi lima bab yang terkandung dalam buku ini adalah menurut perundangan Islam dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Karya ini juga turut memugar dan menghuraikan konsep harta, proses ataupun tatacara tuntutan harta menurut syarak dan statut perundangan Islam; bidangn kuasa Mahkamah Syriah; hak-hak tuntutan dan permohonan berkaitan harta orang islam menurut statut perundangan Islam; dan cabaran penyelesaian sikap masyarakat Islam dalam urus tadbir harta islam. Keistimewaan buku ini terletak pada penghuraian setiap tajuk, terutamanya dalam Bab 4. Berkenaan membincangkan hak-hak berkaitan harta orang Islam di Mahkamah Syariah sebagaimana yana termaktub dalam staut perundangan Islam,  iaitu hak permohonan penentuan status harta pusaka, hak permohonan Sijil Faraid @ Perintah Faraid; hak tuntutan pengesahan sabitan dan kedudukan waris; hak permohonan pengesahan hibah (pemberian); hak permohonan pengesahan hibah semasa mard al-maut; hak permohonan pengesahan wasiat; hak permohonan wasiat wajibah; hak tuntutan pengesahan wakaf; hak permohonan perintah pembekuan transaksi harta; hak permohonan perintah larangan berkaitan hak harta anak yang belum dewasa, hak harta tuntutan harta sepencarian sama ada tuntutan harta sepencarian selepas kematian dan harta sepencarian poligami. Akhir sekali, rumusan terhadap perbincangan isu-isu ini disediakan oleh penulis berasaskan syariah dan undang-undang dengan mengambil kira perkembangan yang berlaku dalam negara.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI