Halangan Itu Rencana Tuhanmu

RM49.00
978-629-95048-49
2 item(s)
+

Halangan Itu Rencana Tuhanmu

Author: Syaari Ab. Rahman
Publisher: Paradigma ibrah
ISBN: 978-629-95048-49
Weight: 0.5
Pages: 382
Year: 2025
Price: RM49

Allah SWT kadang-kadang memberi kita gambaran kemenangan pada masa depan, namun masa dan cara kejadiannya tetap menjadi rahsia-Nya. Seperti Rasulullah SAW mendapat mimpi yang menenangkan, ia tidak semestinya berlaku seperti yang dijangka.

Perjanjian Hudaibiyah, walaupun kelihatan sebagai rintangan, sebenarnya membawa kebaikan tersembunyi. Begitu juga derita yang dialami oleh saudara-saudara kita di Tanah Zaitun pada detik ini yang tampak seolah-olah tidak berkesudahan, namun ayat-ayat kemenangan dalam al-Quran menjadi sumber pengharapan.

Di tengah musibah, kita dihadapkan dengan pilihan: tenang atau marah. Surah al-Fath seolah-olah baru diturunkan bagi menggembirakan mereka yang memilih jalan ketenangan, meskipun perjalanannya tidak mudah. Pembukaan Kota Makkah bukan sekadar catatan sejarah, tetapi merupakan bukti nyata bagi umat beriman bahawa di sebalik setiap rintangan, tersimpan rahmat yang hanya dapat dilihat dengan iman dan kesabaran.

Kehidupan kita juga penuh dengan 'Hudaibiyah' setiap hari ujian dan cabaran yang apabila dilihat sebagai peluang, boleh membawa kita jauh ke hadapan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI