​Hang Tuah: Catatan Kecemerlangan Wira Bangsa

RM60.00
9786297590004
8 item(s)
+

Hang Tuah: Catatan Kecemerlangan Wira Bangsa

Author: Hashim Musa & Rohaidah Kamaruddin
Publisher: UPM Press
ISBN:  9786297590004
Weight: 0.4
Pages: 207pp
Year: 2023
Price: RM60

Hang Tuah: Catatan Kecemerlangan Wira Bangsa menumpukan menumpukan tema kecemerlangan Hang Tuah dengan sifat keperwiraan, kebijaksanaan dan ketinggian ilmunya. Sifat keperwiraan dan kebijaksanaan Hang Tuah digambarkan dalam peristiwa penjelajahan beliau ke 15 buah negara, sebagai pelopor penjelajah samudera luas orang Melayu. Jiwa dan semangat, penjelajahan dan kemahiran orang Melayu mengharungi lautan luas dilambangkan dengan megahnya oleh Laksamana Hang Tuah, sebagai suri contoh teladan kepada bangsa Melayu yang bukan sahaja tercatat dalam dokumen sekunder di Alam Melayu seperti Sulalatus Salatin dan Hikayat Hang Tuah, tetapi juga data primer dari luar negara, iaitu Jepun, Portugal dan juga India. Tokoh Laksamana Hang Tuah memang wujud dalam sejarah dan pernah menjelajah ke Jepun, India, Siam, Mekah, Madinah, Mesir dan Istanbul, selain negara-negara di dunia Melayu sendiri.

Sesungguhnya berdasarkan buku Hikayat Hang Tuah, pelayaran Hang Tuah dengan kapal Mendam Berahi merupakan satu warisan penjelajahan maritim Melayu yang agung menghampiri sehebatnya kisah penjelajahan Odysseus dalam mitos Yunani, ‘The Odyssey‘, yang menjadikannya satu warisan penjelajahan maritim Melayu yang agung dan iktibar bagi pembinaan kembali tamadun Melayu. Kapal Mendam Berahi di bawah perintah Laksamana Hang Tuah telah menjelajahi sekurang-kurangnya 15 buah negara atau bandar, iaitu Majapahit, Bentan, Lingga, Palembang, Jayakarta, Acheh, Brunei, Siam, Sailon (Ceylon), Benua Keling, Benua China, Inderapura (Singapura), Mesir, Jeddah dan juga Benua Rom Istanbul (Stambul). Dalam penjelajahan itu Hang Tuah telah mengalami pelbagai peristiwa dan terlibat dalam beberapa peperangan dan pertempuran laut iaitu dengan Feringgi, Jepun yang bermukim di Kemboja, Brunei dan lain-lain.

Buku ini merupakan kesinambungan kepada dua buah buku terdahulu iaitu Hang Tuah: Catatan Okinawa (2015), dan Hang Tuah: Catatan Vijayanagara (2017). Dalam Catatan Okinawa, teras utama penghuraiannya ialah pembuktian tentang kewujudan Hang Tuah berdasarkan data utama atau data primer, iaitu tiga surat dalam catatan rasmi Rekidai Hŏan kerajaan Ryukyu Okinawa bertarikh 1480-1481, dan catatan Alfonso Dalboquerque, The Commentaries of the Great Alfonso Dalboquerque bertarikh 1511. Manakala dalam Catatan Vijayanagara, telah dibuktikan bahawa Laksamana Hang Tuah telah berkunjung ke Empayar Vijayanagara di India Selatan, seperti yang dicatatkan dalam Hikayat Hang Tuah, berdasarkan ukiran-ukiran di dinding runtuhan bangunan Vijayanagara di Hampi India Selatan. Ada ukiran yang menunjukkan seorang perwira berdasarkan corak Melayu sedang menaiki kuda, yang merujuk kepada peristiwa Hang Tuah menjinakkan kuda Tezi Farsi milik Raja Vijayanagara Krisna Rayan.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI