Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen
Author: Mohd Zamberi A. Malek
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789679424324
Pages: 184pp
Year: 2009
Weight:
Price: RM40
Namanya kian dilupai generasi masa kini. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan sejarah, nama Tengku Mahmood Mahyiddeen masih dalam ingatan, apakah lagi beliau digelar Harimau Malaya. Keberanian dan ketokohannya amat dikagumi. Beliau bertanggungjawab membawa reformasi pendidikan Kelantan yang selama ini terikat dengan sistem tradisional. Apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau tampil memimpinpasukan sukarelawan Melayu menetang Jepun. Bersama-sama tentera British, beliau berundur ke India untuk mendapat perlindungan. Di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen diberi kepercayaan untuk memimpin Force 136 bahagian Melayu dan melatih pejuang Melayu untuk menduduki semula Tanah Melayu secara perang gerila. Setelah Jepun tewas, beliau kembali ke Tanah Melayu dan mula memikirkan nasib orang Melayu Patani yang masih dibelenggu penjajahan Siam. Sebagai seorang berketerunan Patani, sudah tentu nasib malang yang meninpa rakyat Patani turut menyentuh emosinya. Beliau meneruskan perjuangan membebaskan Patani dengan menyertai Gabingan Melayu Patani Raya (GEMPAR).