​Hikayat Hang Tuah: Manuskrip Terawal Tahun 1758

RM200.00
9789834940119
5 item(s)
+

Hikayat Hang Tuah: Manuskrip Terawal Tahun 1758

Alih Aksara: Muhammad Haji Salleh
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834940119
Weight: 
Pages: 921
Year: 2024
Price: RM200

Hikayat Hang Tuah versi Cod. Or. 1762 Leiden ialah sebuah teks yang canggih naratifnya. Versi ini bertarikh 1758 bersamaan 1172 H, dan dianggap yang tertua dalam simpanan mana-mana perpustakaan di seluruh dunia. Hikayat ini membentangkan sebuah kanvas ceritera yang lebar tentang cara berfikir, nilai-nilai, hubungan antara manusia dan antarabangsa pada zaman Melaka dan sebelumnya, dan seterusnya melukiskan seorang wira Melayu, serta pergelutannya secara fizikal dan intelektual. Pada bangsa-bangsa di Nusantara, beliaulah rakyat yang sempurna dan yang telah membawa nama baik, serta kejayaan negerinya ke berbagai-bagai negara yang terkenal pada masa itu, di Timur dan di Barat.

Muhammad Haji Salleh telah melakukan alih aksara terhadap manuskrip ini. Beliau berkelulusan sarjana Kesusasteraan Melayu yang banyak menulis esei dan puisi tentang tema dan watak dalam sastera Melayu lama. Sebagai tanda pengiktirafan sumbangan akademik dan kreatif yang luas ini, beliau dianugerahi gelaran Sasterawan Negara Malaysia (1991) dan Tokoh Akademik Negara (2008). Antara karya terbaharu yang dihasilkan oleh beliau, termasuklah Sebuah Lembah Kunamakan Tanah Air (2019), The Genealogy of Kings (2020), Melayu Pulau Pinang (2020) dan Hang Tuah di Lautan Ceritera (2021).

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI