HIKMAH & KARAKTER: Iktibar Pendidikan Daripada Nasihat-Nasihat Luqman al-Hakim
Author: Hasrizal Abd Jamil
Publisher: Abideen Books
ISBN: 978967164403
Pages: 108 pp
Price: RM28
Surah Luqman mengandungi nasihat-nasihat pendidikan yang sangat berguna, dirakamkan oleh Allah SWT dalam dialog yang berlaku di antara Luqman dan anaknya. Nasihat-nasihat yang dikemukakan Luqman itu bukanlah nasihat yang bersifat rawak, tetapi terkandung di dalamnya satu kerangka yang sangat penting untuk kita jadikan iktibar dalam proses pembangunan karakter.
Apabila kita merenung nasihat-nasihat yang dikemukakan Luqman, kita akan dapat membahagikannya kepada empat dimensi, iaitu physical, intellectual, emotional & spiritual. Untuk itu, sesiapa yang ingin melakukan usaha pendidikan, perlulah melihat kepada keempat-empat elemen ini bagi melahirkan manusia yang seimbang dunia dan akhiratnya - berkarakter dan berhikmah.
Buku ini bukan sahaja sesuai untuk guru, pendidik mahupun ibu bapa, tetapi bermanfaat juga untuk sesiapa yang mahu membangunkan karakter diri berteraskan wahyu.
Ust Hasrizal adalah seorang pendidik yang sedang melanjutkan pelajaran sarjana di Universiti Oulu, Finland.