Hingar: Penilaian dan Pengoptimuman dalam Automotif

RM35.00
9789672514831
5 item(s)
+

Hingar: Penilaian dan Pengoptimuman dalam Automotif

Author: Ahmad Kadri Junoh, Zulkifli Mohd Nopiah, Ahmad Kamal Ariffin
Publisher: UKM Press
ISBN: 978-967-251-483-1
Weight: 
Pages: 177
Year: 2021
Price: RM35

Keselesaan hingar kenderaan dan tahap minimum getaran dalam kabin kereta penumpang merupakan dua faktor utama yang dititikberatkan oleh pengeluar sector automotif. Keselesaan hingar didefinasikan sebagai suatu ketidakselesaan frekuensi magnitud, arah dan juga tempoh hingar dan getaran dalam kabin kenderaan.
Ketidakselesaan ini berpunca daripada getaran daripada enjin dan saling tindak tayar dengan permukaan jalan. Buku ini cuba membincangkan cara untuk mendapatkan nilai optimum tahap hingar dan getaran yang perlu dialami dalam kabin kereta untuk mengalami tahap yang lebih menyenangkan dengan menggunakan pengoptimuman berbilang objektif. Kesan-kesan getaran terhadap hingar dalam kabin kereta penumpang dikaji dengan mencari amaun hingar terhasil disebabkan oleh getaran yang berpunca daripada saling tindak tayar dengan permukaan jalan. Indeks keselesaan hingar kenderaan (IKAK) digunakan untuk menilai tahap gangguan hingar dan nilai dos getaran (NDG) digunakan untuk menilai tahap getaran terdedah. 
Penambahbaikkan dilakukan terhadap indeks IKAK yang mana keadaan gangguan hingar dikelaskan dan diketegorikan dengan pendekatan teori set kabur. Teori set kabur digabungkan dalam pengaturcaraan tak linear bagi membangunkan model berbilang objektif hibrid kabur pengaturcaraan gol tak linear berpemberat. Kaedah ini menggunakan keputusan daripada analisis data untuk mengoptimumkan tahap hingar dengan menghubungkannya dengan tahap getaran. Model baharu ini boleh digunakan untuk kajian pada masa hadapan terutamanya dalam pengawalan getaran yang mana mereka mempunyai impak besar terhadap persekitaran yang lebih baik iaitu dalam perspektif hìngar ianya merupakan faktor utama dalam proses pembuatan kenderaan.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI