Hisbah dan Pentadbiran Negara
Author: Auni Haji Abdullah
Publisher: IKDAS
ISBN: 9832264014
Year: 2000
Weight: 0.310kg
Price:
Buku Hisbah dan Pentadbiran Negara adalah usaha pengarang untuk mengetengahkan salah satu aspek daripada khazanah pengurusan dan pentadbiran Islam yang pernah diamalkan di zaman silam. Institusi Hisbah ialah jentera pengawasan untuk memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran yang terdiri daripada kawalan dalam serta luaran untuk membendung kecuaian dan kelalaian manusia. Hari ini dengan berleluasanya penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan dan pengurusan korporat, mungkin ada sesuatu yang dapat dipelajari oleh pentadbiran dan pengurusan daripada institusi Hisbah ini.