Hubungan Ibu Bapa dan Anak (Pre Order)
Author:
Abdulhamid Abusulayman, Hisham Altalib & Omar Altalib
Publisher:
ABIM Press
ISBN:
Year: 2018
Weight:
0.100 kg
Pages:
Price: RM30
Seandainya
kita mahu anak-anak mendengar nasihat kita, kita perlu menyemai ‘hubungan
intim’ bersama mereka. Mereka perlu tahu bahawa mereka boleh bergantung harap
dengan kita. Mereka perlu yakin bahawa kita sentiasa ada untuk mereka bila-bila
masa yang yang mereka perlukan kita. Masa, wang ringgit dan usaha yang kita
peruntukkan untuk pendidikan anak-anak, itulah pelaburan terbaik yang boleh
kita lakukan untuk mereka.
Buku ini
ditulis untuk semua ibu bapa di dunia ini. Muslim mahu pun bukan Muslim.
Memberikan dimensi baru dalam dunia keibubapaan. Memfokuskan kepada intipati
sebenar peranan ibu bapa dalam melahirkan generasi baru yang segar
keintelektualannya, dinamis ideologinya dan membumi peranannya sebagai hamba
Tuhan dan khalifah di bumi.
Anak-anak adalah amanah. Bukan ringan tanggungjawab yang harus digalas oleh kita yang diberi pangkat sebagai ibu bapa. Buku ini Insya Allah mampu membimbing ibu bapa dan siapa yang bergelar pendidik untuk melihat jauh ke dalam. Bahawa tugas membesarkan anak bukan sekadar memberi makan pakai dan tempat tinggal. Ini adalah tugas yang diwariskan oleh para Anbiya’ dalam melahirkan generasi Rabbani yang kukuh ikatannya dengan Tuhan namun sedar diri akan peranannya untuk memakmurkan bumi dalam mencipta semua peradaban Islam yang gemilang!