Hubungan Malaysia-Indonesia: Sejarah Politik dan Keselamatan
Author: Maslida Yusof
ISBN: 9789674123239
Publisher: Penerbit UKM
Dalam kerangka tema pemerkasaan modal insan : ke arah kesejahteraan serantau, iaitu tema bagi simposium kebudayaan Indonesia-Malaysia ke-XII (SKIM XII) 2011 antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Universitas Padjajaran Indonesia (UNPAD), telah menghasilkan buku Malaysia-Indonesia : Sejarah, Politik dan Keselamatan. Tema ini menjadi fokus perbincangan memandangkan ia dapat memberi sumbangan besar dalam pembangunan spiritual mahupun fizikal bagi kedua-dua negara.
Buku ini menghimpunkan 10 perbincangan tentang pemerkasaan modal insan dari sudut pandangan sejarah, politik dan keselamatan yang melibatkan sarjana dari Malaysia dan Indonesia. Kajian dalam bidang sains sosial dan kemanusiaan khususnya sejarah, politik dan keselamatan adalah penting dilakukan sebagai sebahagian usaha untuk membangun dan memperkasakan modal insan bagi Malaysia dan Indonesia.
Maslida Yusof, Phd, Profesor Madya di Program Bahasa Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu.