Hubungan Myanmar-Amerika Syarikat dan China

RM30.00
9789672519393
2 item(s)
+

Hubungan Myanmar-Amerika Syarikat dan China

Author: Aini Fatihah Roslam & Zarina Othman
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672519393
Weight: 0.4 kg
Pages: 261 pp
Year: 2022
Price: RM30

Buku Hubungan Myanmar - Amerika Syarikat & China menganalisa pilihan strategi Myanmar sama ada berbentuk mengimbangi, perlindungan nilai atau pakatan, terhadap Amerika Syarikat dan China dari perspektif Realisme Neoklasik. Hubungan Myanmar dengan Amerika Syarikat dan China pada awal kemerdekaan hingga 1988 adalah bersifat perlindungan nilai dengan tidak memihak antara keduanya. 

Selepas dikenakan sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat pada tahun 1988, Myanmar beralih kepada strategi pakatan penuh dengan China, bagi mengimbangi kuasa Amerika Syarikat. Namun, selepas peristiwa Kebangkitan 8888 hingga 2007, ia mengamalkan strategi pakatan terhad pula terhadap China. Hubungan Myanmar-Amerika Syarikat menjadi bertambah baik melalui dialog, yang mengarah pembukaan' pada tahun 2010. 

Proses pendemokrasian, walaupun terbatas, makin merapatkan hubungan Myanmar-Amerika Syarikat, sementara hubungan diplomatik dengan China terus berkembang. Faktor sistemik seperti dasar Pivot to Asia, Make China Great Again' serta faktor domestik, misalnya faktor pendemokrasian dan faktor perubahan kepimpinan elit, mempengaruhi pembentukan dasar luar Myanmar terhadap Amerika Syarikat dan China. 

Elemen sejarah, tekanan antarabangsa, desakan badan-badan berkepentingan, institusi antarabangsa termasuk ASEAN, isu hak asasi manusia dan kepimpinan Aung San Suu Kyi, turut mempengaruhi tingkahlaku Myanmar dalam hubungan antarabangsa. Buku ini sesuai dijadikan rujukan untuk sarjana, pembuat dasar, pelajar pascasiswazah dan penyelidik berkaitan bidang Hubungan Antarabangsa dan Strategi.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI