Huraian Dan Syarah Aqidah Ahli Sunnah Di Sisi Al-Imam Al-Nawawi
Author: Imam Al-Nawawi
Publisher: Nizamiyyah Institute
ISBN: 9789672605737
Weight:
Pages: 246pp
Year: 2021
Price: RM30
Risalah yang diberi tajuk, “Aqidah Ahli Sunnah Menurut Al-Imam Al–Nawawi: Kefahaman Kerangka ‘Aqīdah Ahli Sunnah Berdasarkan Sharah Ṣaḥiḥ Muslim Dan Matan Al-Maqāṣid Al- Nawawiyyah” oleh Al-Imām Abi Zakariyyā Yaḥyā Bin Sharaf Al-Nawawi Al-Dimashqī (W.676h) adalah usaha terjemahan dan susunan oleh Ustaz Mohd Saiful Aqil Naim Saful Amin al-Ṣiddiqi. Karya ini merupakan karya pertama dalam bahasa Melayu yang menjelmakan kerangka umum ‘aqīdah ahli sunnah menurut Imam al-Nawawī.
Penulis cuba menggali khazanah keilmuan Imam al-Nawawi dari dua karya beliau yang telah dinyatakan tersebut dalam usahanya menggambarkan pendirian Imam al-Nawawi dalam ilmu akidah. Seterusnya penulis bukan sahaja sekadar menyenaraikan dapatan yang diperoleh malah mengolah semula gambaran umum tersebut dan memberi sentuhan baharu menjadikan karyanya lebih bermakna dan bermanfaat.
Kitab ini memuatkan juga sedikit latar belakang Imam al-Nawawi untuk kita menelusuri hal-hal dan suasana yang melatari dan pengaruh dalam pembinaan manhaj dan pemikiran keilmuannya.
Sesungguhnya karya ini sangat bagus untuk perhatian para pengkaji dan juga golongan terpelajar mahupun penuntut ilmu untuk diteliti dengan tuntas kepada usaha memahami pandangan Imam al-Nawawi dalam bab aqidah ahli sunnah wal jamaah.
Risalah ini juga amat sesuai dijadikan sebagai pengajian umum kepada masyarakat awam sebagai gambaran awal pandangan aqidah ahli sunnah wal jamaah yang amat bersepadu dengan manhaj pembelajaran aqidah ahli sunnah di bumi Nusantara ini.