Ibn Al-Haytham Pelopor Konsep Penyelidikan Saintifik
Author: Mohd Syahmir Alias
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834901424
Pages: 196pp
Weight: 0.288kg
Year: 2015
Price: RM 22.00
Buku ini secara telus membongkar biografi serta meneliti pemikiran seorang tokoh ilmuwan Islam silam, iaitu Ibn al-Haytham. Sungguhpun kemajuan sains moden pada masa kini dipelopori oleh cendekiawan Barat, namun pemikiran Ibn al-Haytham memberikan impak yang besar dalam perkembangan tersebut. Di samping kejayaan beliau dalam bidang sains khususnya optik, keperibadian sebagai seorang Muslim turut mencorakkan pemikiran beliau. Oleh itu, buku ini cuba mendalami kondep saintifik yang sebenar dari perspektif Ibn al-Haytham sekaligus menerapkannya dalam sebuah metodologi penyelidikan yang dikenali sebagai kaedah penyelidikan berteraskan Islam. Semoga buku ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca.