Ibn Al-Subkiyy: Tokoh Usul Fiqh
Author: Muhammad Adib Samsudin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516231
Weight: 0.265 kg
Pages: 170pp
Year: 2021
Price: RM30
Perbincangan bermula dengan penegasan bahawa usul fiqh manhaj ilmiah untuk mengistinbat hukum syarak. Keilmiahannya dapat dikesan seawal kupasan terhadap takrif, skop perbincangan dan faedah mempelajari ilmu usul fiqh. Ini belum lagi dilihat perkaitan rapat antara ilmu usul fiqh dengan ilmu kalam dan bahasa Arab. Bahkan hukum syarak itu sendiri mempunyai hubungan dengan usul figh. Setelah itu. kupasan beralih kepada perkembangan ilmu usul fiqh. Buku ini membahagikan perkembangan ilmu usul fiqh kepada dua fasa iaitu sebelum dan selepas era Imam al-Shafi'iyy.
Di sini, terdapat sentuhan terhadap aliran-aliran penulisan usul figh sama ada aliran mutakallimin, fuqaha' mahupun muta'akkhirin. Perbincangan buku ini dilengkapkan dengan susur galur karya-karya ulung usul fiqh aliran mutakallimin dan fuqaha'. Sepanjang penulisan ini, banyak faedah dan maklumat diperoleh mengenal biografi ringkas para tokoh usul figh yang dimuatkan pada nota hujung. Perbincangan buku ini dipersembahkan dalam bentuk bacaan yang boleh difahami oleh semua lapisan pembaca dan bermanfaat sama ada untuk golongan profesional, pengajar. pelajar mahupun orang awam. Bagi sesiapa yang meminati dan ingin mendalami ilmu usul fiqh, anda disyorkan utuk memiliki dan membaca buku ini.