Ibnu Khaldun : Riwayat Hidup Dan Karyanya
Author: Mohammad Abdullah Enan
Publisher:
ITBM
ISBN: 9789830687834
Year: 2015
Weight: 0.200 kg
Price: RM25
Ibnu Khaldun, ahli historiografi dan sejarawan Arab abad
ke-14, dianggap sebagai pengasas sejarah, sosiologi dan ekonomi moden. Beliau
hidup pada zaman berlakunya pergolakan dalam sejarah, dan melalui
pengalamannya, beliau “memikirkan dan menggagaskan falsafah sejarah yang
diyakini paling hebat pernah dihasilkan oleh seorang yang bijak . . .”. Karya
ini juga memaparkan pergolakan yang berlaku dalam kehidupan Ibnu Khaldun yang
terkesan akibat persaingan politik. Zaman pergolakan inilah yang telah
memberinya peluang untuk menulis Muqaddimah (Prolegomena), lantas meletakkannya
sebagai suatu nama besar dalam kalangan ahli sejarah, sosiologi dan falsafah.
Mohammad Abdullah Enan (1896 – 1986), salah seorang daripada
ahli sejarawan kontemporari terkenal dunia Arab, ialah seorang peguam. Beliau
pernah berkhidmat sebagai penolong pengarah di Jabatan Akhbar Kementerian Dalam
Negeri Mesir. Beliau juga seorang
pensyarah di Fakulti Sastera, Fouad University (sekarang Cairo University).
Karyanya termasuklah (dalam bahasa Arab) Qadaya al – Tarikh al – Kubra, Tarikh
al - Jim’iyat al – Siriyyah, Misr al –
Andalus (8 jilid); dan dalam bahasa Inggeris, antaranya ialah Decisive Moments
in the History of Islam.