Ibrah Surah Al-Kahfi

RM20.00
9789830426921
5 item(s)
+

Ibrah Surah Al-Kahfi

Authors: Prof. Dr. Makmor Tumin & Dato' Prof. Dr. Zulkifli Mohd Yusof
Publisher: JAKIM
ISBN: 9789830426921
Tahun: 2024
Weight: gsm 
Pages:  126pp 
Price: RM20.00

Buku ini disampaikan dengan kaedah yang lebih bersahaja atau santai bagi melancarkan penyebaran mesej yang ada dalam ayat-ayat al-Quran, surah al-Kahfi ini. Seberapa boleh kami cuba mengelak daripada terlalu ilmiah dan teknikal dalam menyampaikan serba sedikit yang kami tahu tentang surah ini berdasarkan sumber-sumber yang sedia ada. Kami juga akui bahawa perbincangan tentang surah ini sememangnya telah banyak dilakukan dalam bahasa Melayu. Namun, diharapkan dengan penyampaian yang lebih santai ini, pembaca akan dapat menerima mesej yang hendak disampaikan dengan lebih berkesan.

Kedua, yang juga mungkin sedikit berlainan dengan perbincangan tentang surah ini dalam Bahasa Melayu adalah adanya perbincangan-perbincangan tambahan yang dirujuk kepada sumber-sumber yang tidak ada secara langsung dalam tradisi ajaran Islam yang sebelum ini ada dirujuk secara langsung.

Ketiga, sumber-sumber kontemporari tentang kisah surah Ashabul Kahfi (Pemuda Gua) dalam perbahasan antara sarjana aliran Kristian dan sarjana Islam khususnya di Barat, sedikit sebanyak juga akan disentuh dalam buku ini. Ini adalah kerana peristiwa pemuda Ashabul Kahfi juga dibincangkan dalam perbincangan kesarjanaan Barat dengan merujuk penyelidikan-penyelidikan yang berkaitan dengan "The Seven Sleepers". 

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI