Idea Bangsa Idaman Dan Sistem Pendidikan di Malaysia

RM40.00
9786294860773
11 item(s)
+

Idea Bangsa Idaman Dan Sistem Pendidikan di Malaysia

Author : Anuar Ahmad
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860773
Weight: 0.29
Pages: 185 pp
Year: 2024
Price: RM40

Penulisan buku ini bertujuan meneliti proses pembentukan idea bangsa idaman hasil daripada pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia, khususnya di sekolah aliran Melayu dan aliran pendidikan Cina. Buku ini menumpukan kepada tiga perkara utama. Pertama, meneliti fungsi etnisiti selaku realiti sosial dan pengaruhnya kepada penggubalan dasar pendidikan yang berkait rapat terhadap sistem pendidikan vernakular sejak zaman kolonial. 

Kedua, membahaskan kehendak-kehendak pendidikan etnik Melayu dan bukan Melayu yang mengundang kepada kewujudan berbagai-bagai idea bangsa Idaman'. Ketiga, menjelaskan sejauh mana kesan kemunculan berbagai-bagai idea bangsa idaman' dalam kelompok etnik Melayu dan bukan Melayu terhadap pengekalan sistem pendidikan vernakular. 

Buku ini turut membincangkan fungsi etnisiti selaku realiti sosial di dalam sistem pendidikan vernakular sejak zaman kolonial. Seterusnya, menganalisa bagaimana etnik Melayu dan etnik bukan Melayu menyatakan kehendak pendidikan yang menzahirkan berbagai-bagai idea bangsa idarman dalam keadaan 'buthority-defined' dan 'everyday-defined".


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI