Identiti Cina Malaysia: Elemen Dan Pembentukan
Author: Lee Kok Fee
Publisher: UM Press
ISBN: 9789831007662
Year: 2014
Weight: 0.2kg
Pages: 125 pp
Price: RM38
Sejak tahun 1980-an, kajian identiti menjadi semakin popular dalam dunia akademik. Dalam kajian identiti orang Cina Malaysia, kebanyakan kajian adalah berdasarkan analisis peringkat mikro yang memfokuskan struktur sosial dan bukan pelaku sosial. Buku ini ditulis berdasarkan kajian peringkat mikro untuk melihat pengetahuan orang Cina Malaysia tentang identiti mereka dan bagaimanakah mereka membentuknya. Hasil kajian menunjukkan bahawa orang Cina Malaysia sebagai pelaku sosial mempunyai kemampuan dan kreativiti yang tinggi dalam membahaskan pembentukan identiti mereka. Mereka turut mempunyai logic dan cara yang tersendiri bila membincangkan konsep identiti. Pembentukan identiti harian dalam subjektiviti mereka adalah dinamik dan ditentukan oleh sumber pengetahuan, konteks mereka berada dan interaksi dengan pelaku sosial di sekitar mereka. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa konsep identiti yang dicadangkan dalam kajian makro adalah tidak mencukupi untuk memahami identiti orang Cina. Sebab utama ialah orang Cina Malaysia mempunyai perpektif dan rasionaliti yang tersendiri dalam wacana identiti “everyday-defined” mereka.