Ideologi Daesh dan Implikasi Keselamatan Insan di Malaysia dan Indonesia
Author: Amirul Adham Abdul Rahman & Zarina Othman
Publisher: UKM Press
ISBN : 9789674128678
Year: 2019
Weight: 0.175 kg
Pages: 107pp
Price : RM 25
Ideologi Daesh dan Implikasi Keselamatan Insan di Malaysia dan Indonesia menganalisa bagaimana ideologi yang diperjuangkan oleh militan Daesh memberi kesan terhadap keselamatan insan dan ketenteraman awam. Berfokuskan Malaysia dan Indonesia, ia menguatkan bukti empirikal berdasarkan temu bual dan data sekunder. Kecanggihan teknologi maklumat berperanan dalam meluaskan pengaruh kumpulan militan ini yang tersasar jauh dari Islam namun menggunakan pendekatan agama dalam perjuangannya. Kezaliman dan kelicikan Daesh menjadi ancaman di kedua-dua negara dan menjatuhkan imej Islam. Buku ini wajar dijadikan rujukan pihak penguatkuasa, pembuat dasar, pelajar sarjana dan bacaan umum untuk mengetahui isu-isu keganasan kontemporari.
AMIRUL ADHAM ABDUL RAHMAN, MA (UKM) merupakan Pegawai Pengiring (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.
ZARINA OTHMAN, PhD (Denver University), adalah Profesor di Program Strategi & Hubungan Antarabangsa, juga merupakan Pengerusi di Pusat Kajian Sejarah, Politik dan Hal Ehwal Antarabangsa, FSSK, UKM. Beliau juga adalah Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).