Ikatan Hutang dalam Pemerdagangan Orang di Malaysia
Author: Nur Ain Nabilah Abd Majid, Rohani Abdul Rahim & Salawati Mat Basir
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513964
Weight:
Pages: 122
Year: 2021
Price: RM25
Buku ini membincangkan ikatan hutang yang di gunakan sebagai mekanisme eksploitasi pemerdagangan orang di Malaysia. Mangsa ikatan hutang dibebankan dengan hutang yang berlebihan yang menyebabkan mangsa terperangkap dalam dunia perhambaan dan dieksploitasi untuk bekerja sebagai pekerja seks dan buruh paksa. Malaysia merupakan negara yang terkenal dalam kalangan pekerja asing sebagai negara transit atau negara penerima yang menyebabkan pekerja terdedah menjadi mangsa pemerdagangan orang dan ikatan hutang. Tujuan penulisan ini adalah untuk merungkai maksud ikatan hutang dalam konteks jenayah pemerdagangan orang di Malaysia dan perkaitan ikatan hutang yang menjadi punca berlakunya perhambaan zaman moden Ia juga mengenalpasti perundangan Malaysia yang mencegah perlakuan ikatan hutang, serta mencadangkan langkah-langkah yang perlu untuk memerangi aktiviti ini dalam aspek pencegahan, pendakwaan dan perlindungan. Ikatan hutang dan perhambaan zaman moden berkait rapat kerana kedua-duanya mempunyai ciri yang sama iaitu kebebasan mangsa di batasi sehingga terpaksa akur dan memenuhi kehendak pelaku. Perundangan Pemerdagangan Orang juga tidak menyatakan dengan jelas bahawa ikatan hutang berpotensi menjadi cara bagaimana seseorang boleh di pemerdagangkan dan di perhambakan sebagai pekerja paksa di Malaysia.