Ilmu Kalam: Paucis Verbis Edisi Kedua

RM35.00
9789675478529
4 item(s)
+
Ilmu Kalam: Paucis Verbis Edisi Kedua
Author: Ibrahim Abu Bakar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789675478529
Pages: 222 pp (softcover)
Year: 2015
Weight: 0.3kg
Price: RM35.00

Pada zaman pemerintahan khalifah Abbasiyah yang berpusat di Baghdad, berbagai bidang ilmu diterokai dan diusahakan penulisannya oleh kumpulan umat Islam seperti fikah, usul fikah, hadis, ulum hadis, tafsir Quran, ulum Quran, mantiq, falsafah, ilmu kalam dan ilmu bahasa Arab seperti nahu, saraf dan balaghahb. Pada peringkat awal sejarahnya, ilmu kalam diusahakan oleh kumpulan Muslim yang dikenali sebagai muktazilah untuk menjelaskan akidah Islam seperti kewujudan Allah, sifat dan perbuatan Allah, keadilan Allah, kewujudan Rasul, sifat dan peranan Rasul, Hari Kiamat dan lainnya, dan mempertahankan akidah Islam daripada tentangan dan serangan oleh para penganut agama lain secara rasional dan logik kerana penentang Islam tidak menerima dalil dan hujah Quran dan Hadis. Kumpulan muktazilah berjaya mendekati khalifah al-Maamun dan dua khalifah Abbasiyah selepasnya untuk mejadikan akidah Islam fahaman muktazilah sebagai akidah yang perlu dianuti oleh semua Muslim zaman itu. Kumpulan muktazilah ditentang oleh kumpulan fuqaha dan muhaddith yang diketuai oleh Ahmad bin Hanbal. Buku ini menjelaskan secara ringkas nama ilmu kalam, faktor kewujudan ilmu kalam, sumber dan matlamat ilmu kalam, penentangan terhadap ilmu kalam oleh ulama fikah dan hadis, dan mutakallim yang membela dan mempertahankan ilmu kalam dari tuduhan bidaah dan sesat dan penjelasan istilah bidaah dan mengkategorikan ilmu kalam dalam ilmu-ilmu Islam kerana bersumberkan Quran dan hadis.

JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI