Ilmu Perbandingan Agama: Suatu Pengenalan
Author: Ghazali Basri
Publisher: Akademi Kajian Ketamadunan
ISBN: 9789671111017
Weight: 0.300kg
Pages: 151pp
Year: 2022
Price: RM25
Buku Ilmu Perbandingan Agama: Suatu Pengenalan menghidangkan kepada para pembaca dengan maklumat asas mengenai agama-agama besar dunia. Maklumat asas tersebut dihurai secara fenomenologikal untuk membolehkan semua umat beragama dapat memahami agama masing-masing dan juga agama anutan orang lain. Berbeza dengan buku-buku yang biasa ditulis dalam disiplin perbandingan agama, buku ini tidak meletakkan Islam sebagai perbandingan, ataupun menempatkannya ke dalam satu bab khas sebagai perbandingan Sebaliknya, Islam sesuai dengan statusnya sebagai agama universal, yang bersifat meta vix a vis agama-agama lain. Justeru, Islam dihadirkan dalam semua bab untuk menyatakan pendiriannya terhadap agama-agama yang dibincangkan. Pembaca akan dapat menilai dan membuat kesimpulan sendiri tentang setiap maklumat mengenai agama yang diperolehi Dengan menghadirkan Islam sekali gus ia dapat memenuhi kriteria sebuah buku perbandingan agama Satu lagi kelainan yang terdapat pada buku ini ialah huraian mengenai pertumbuhan agama dan hubungannya dengan Islam Sebuah carta disediakan untuk memberi kefahaman mengenai kedudukan sebenar dari segi pentarikhan pertumbuhan Islam Buku-buku perbandingan agama yang ditulis oleh orientalis Barat umumnya meletakkan Islam sebagai agama termuda yang lahir daripada tradist Monoteis Yahudi (Hebrew Monotheism). Namun dengan kehadiran buku ini, dapatlah membetulkan kesalahan fakta yang sudah berlalu ratusan tahun lamanya. Sebenarnya, Islam sudah lahir bersama-sama kerasulan Nabi Adam dan Nabi Muhammad ialah penerus kepada segala para rasul yang membawa risalah yang sama, iaitu Tawhid Islam