Ilmuwan Pencerah Umat

RM39.00
9789672066187
85 item(s)
+

Ilmuwan Pencerah Umat Misi dan Wawasan dalam Kebangkitan Islam di Alaf Baharu

Penyunting: Muhamad Razak Idris, Asma Hakimah Ab Halim & Lathifah Ulfa Ismail

Penerbit: Institut Darul Ehsan

ISBN: 9789672066187

Muka Surat: 140 pp

Tahun Terbit: Oktober 2017


Kebangkitan Islam dalam sejarah sejak sekian lama ditunjangi oleh peranan berkesan yang dimainkan oleh ilmuwan Muslim dalam pelbagai bidang kehidupan. Dalam buku ini, ilmuwan juga dirujuk sebagai golongan cendekiawan, ulama dan intelektual yang aktif dan amanah dalam menjayakan pembaharuan pemikiran dan pembangunan dalam segenap sektor kehidupan dan ketamadunan hari ini.

Kepentingan golongan ilmuwan sebagai penggerak kebangkitan Islam dan pembangunan ummah diperakui oleh semua. Ini menuntut penekanan berterusan agar peranan mereka diperkasakan demi cita-cita masyarakat dan negara yang lebih menyeluruh. Para ilmuwan mesti menjadi tonggak dalam pergerakan dakwah Islamiyyah. Oleh yang demikian, agenda bagi melahirkan dan membangunkan sejumlah ilmuwan yang competent atau berdaya saing tidak boleh sama sekali diabaikan. Ini bagi memastikan golongan ilmuwan dapat terus berfungsi sebagai kelompok pencerah umat, memimpin ilmu dan pemikiran masyarakat mengenai hakikat kebenaran dan membezakan pendustaan dan kejahilan. Peranan dakwah sebagai penyebar risalah kebenaran tidak akan memberi kesan tanpa menerusi penglibatan aktif para ilmuwan Muslim dalam segenap segi dan dimensi perjuangan.

Misi pentamadunan ummah jelas tidak boleh terpisah dengan gerakan memartabatkan ilmu pengetahuan, membangun kematangan dan mengukuhkan keyakinan masyarakat secara menyeluruh. Peranan ilmuwan sebagai pencerah umat dalam konteks ini amat ketara iaitu sebagai kelompok yang mesti bertanggungjawab mencetuskan kesedaran, memimpin pemikiran dan memandu langkah melahirkan umat yang memiliki kecerdasan jiwa dan akliah.



JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI