Implementasi Sunnah Dalam Konteks Sosio-Budaya: Isu Dan Cabaran
Editor: Nurulwahidah Fauzi & Mohd Zaini Zakaria
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789670001265
Weight: 0.177 kg
Pages: 112pp
Year: 2022
Price: RM50
Buku ini memfokuskan perbincangan tentang Implementasi Sunnah dalam Konteks Sosio Budaya: Isu dan Cabaran. Ia membincangkan saranan dan cadangan yang dikemukakan sejak zaman Rasulullah SAW dalam mendepani kepelbagaian budaya dan adat di dalam masyarakat pada zaman baginda, malah dipaparkan idea-idea yang amat bermanfaat dalam pembinaan akhlak Islamiah masyarakat yang berbilang bangsa pada masa kini. Dalam mendepani wabak COVID-19 yang menular dalam kalangan masyarakat seluruh dunia, buku ini juga menyentuh perbahasan yang amat kritis berkenaan isu-isu wabak yang berlaku menurut perspektif al-Quran dan Sunnah menerusi kalimah rijz, sekali gus memperdalami kaedah-kaedah terancang yang pernah diusahakan pada zaman baginda SAW. Amalan pencegahan yang telah dipraktikkan sekian lama ini jelas dapat memberi garis panduan dalam usaha kawalan COVID-19 ke arah yang lebih baik. Buku ini juga secara tidak langsung turut membicarakan kaedah dan cara penyampaian ilmu daripada berbentuk bersemuka kepada dalam talian. Diharapkan buku ini dapat memberi panduan kepada masyarakat, mempercambahkan lagi ilmu bagi segenap lapisan masyarakat dalam usaha memperkasakan khazanah dan warisan al-Quran dan Sunnah sebagai tunjang utama di dalam kehidupan kita.