Industri Francais Dan Pembangunan Malaysia, Singapura Dan Indonesia: Analisis Strategik (Edisi Kedua)
Author/Editor: Noraini Ibrahim
Publisher: UM Press
ISBN: 9831001494
Weight: 200g
Pages:
Year: 2000
Price: RM30
Bab 1: Pengenalan
Bab 2: Pakej Francais dan Dokumentasinya
Bab 3: Institusi-institusi Pembangunan Industri Francais di Malaysia
Bab 4: Francais dan Jenama & Cap Dagang
Bab 5: Francais dan Isu Pembangunan Teknologi Tempatan
Bab 6: Singapura Sebagai Pusat Serantau Industri Francais
Bab 7: Globalisasi, Pembangunan Francais di Indonesia
Bab 8: Kesan Globalisasi dan Liberalisasi Dalam Industri Francais
BUKU INI menggunakan pendekatan multidisiplin hasil kerja lapangan di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Analisis berpandukan maklumat sumber primer memandangkan keterbatasan maklumat dan kurangnya kajian tentang francais. Dalam arus globalisasi dewasa ini, sumbangan industri francias terhadap pembangunan ekonomi negara semakin ketara.
Kandungan buku ini menyentuh pelbagai aspek tentang industri francais antaranya kandungan pakej francais dan dokumen berkaitan dengannya, meneliti kerangka rangkaian institusi pembangunan industri francais di Malaysia dan peranannya, menganalisis perkaitan francais dan kaitannya dengan jenama dan cap dagangan serta perkaitan francais dengan pengambilan teknologi tempatan.
Selain itu turut menyentuh pengalaman industri tersebut di Singapura dan Indonesia. Latar belakang, perbezaan dan perbandingan industri francais antara ketiga-tiga negara turut dibincangkan antaranya tentang akta dan peraturan, peranan kerajaan, aktiviti rent-seeking dan pengaruh franciasor asing.
Berdasarkan penemuan-penemuan berguna yang diperolehi, buku ini mengutarakan cadangan untuk penggubalan dan strategi dalam pembangunan industri francais dan bagaimana memantapkan pembangunan teknologi tempatan melalui saluran francais.
Buku Industri Francais dan Pembangunan ini sesuai menjadi buku teks kepada pelajara di institusi pengajian tinggi yang mempunyai kursus berkaitan dengan francais, perniagaan dan pemindahan teknologi. Selain itu, para borokrat, ahli profesional, syarikat francaisor dan francaisi, usahawan serta penyelidik boleh menggunakan pengetahuan yang terkandung di