Inilah Jalanku.. Faham Akidah Dan Asas Tasawwuf Dari al-Qur’ān, Sunnah Dan Kalam Salaf

RM30.00
9789670002200
2 item(s)
+

Inilah Jalanku.. Faham Akidah Dan Asas Tasawwuf Dari al-Qur’ān, Sunnah Dan Kalam Salaf

Author: Zainul Abidin bin Abdul Halim
Publisher: ABIM Press
ISBN: 9789670002200
Weight: 
Pages: 166pp
Year: 2024
Price: RM30

Bagaimana mungkin seseorang itu mempelajari dan mengajar ilmu akidah, mengajak orang lain mengenal Allāh, tetapi setelah dia mengenal Allāh, mengetahui sifat-sifat keagungan-Nya, dia mengabaikan firman-firman-Nya yang mengandungi petunjuk untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Dia berpada dengan hujah-hujah akal tanpa ingin mendalami pegangannya berdasarkan ayat-ayat Allāh. Bukankah al-Qur’ān adalah sebaik-baik petunjuk? Bukankah al-Qur’ān adalah sumber akidahnya yang paling utama?

Akidah yang suci dan benar ini akan membawa seseorang mendekati Allāh, rindu untuk memahami kalam-Nya dan menyelami makna agama-Nya. Akidah ketika itu bukan lagi hanya semata-mata iktikad dan keyakinan, tetapi ia adalah suatu pengamalan pada batin dan zahir insan. Tidak ada jalan untuk sampai ke tujuan ini melainkan dengan kembali kepada al-Qur’ān serta duduk berdamping dengan ulama rabbani yang beramal dengan al-Qur’ān sebelum mereka mengajar dan menyampaikan isi al-Qur’ān. Merekalah Ahlullāh yang sebenar. Buku ringkas ini dikarang dengan tujuan memberi petunjuk kepada jalan yang dinyatakan ini. Inilah jalan agamaku yang lurus.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI