​Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen

RM30.00
9789674121648
2 item(s)
+

Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen

Author/Editor: Mawar Safei

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121648

Weight: 200g

Pages: 174

Year:

Price: RM30


“Saya mahu menulis. Saya mahu menghasilkan karya. Saya mahu cerpen saya disiarkan di akhbar, majalah dan dibukukan.” Itu antara hasrat saya dan binaan impian kebanyakan mereka yang mahu cuba-cuba menulis; antara mereka adalah calon penulis atau kalangan mahasiswa yang memilih kursus penulisan kreatif di universiti. Buku Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, antaranya dapat menawarkan beberapa jalan pilihan untuk mereka mula menukangi karya. Sepuluh cerpen dijadikan rujukan adalah “Virus Zel untuk Abah,” “ Untaian Rafik,” “Zel,” “Sumur,” “Marissa@Merdeka,” “Seusai Iftar 9 Zulhijah,” “Suami Saya Tidak Melakukannya,” “Petala Rengas dalam Dada,” “Sedang Malaikat Berdoa,” dan “Narasi Cinta dari Pulau Seribu Kubah.” Kesemua cerpen ini pernah memenangi hadiah sastera, dibentangkan semula bergandingan struktur cerpen yang secara teorinya ada dalam kebanyakan buku panduan menulis seperti plot, watak, latar, gaya bahasa atau sudut pandangan. Namun pancingannya agar tidak kelihatan terlalu mengeruni, ia dipadankan dengan beberapa sumbu pengkaryaan seperti kemahasiswaan, wilayah kewanitaan, peranan tradisi, berita dan konflik semasa, pengalaman peribadi, pengembaraan dan pelbagai demensi cinta. Buku ini diberikan bicara awalnya oleh Profesor Dr. Nor Faridah Abdul Manaf, Profesor Kesusasteraan yang merupakan seorang penulis cerpen juga.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI