Inovasi Pedagogi Dan Kreativiti Guru
Author: Shahlan Surat & Zamri Mahamod
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516781
Weight: 0.271kg
Pages: 176
Year: 2022
Price: RM35
Dalam mendepan pembelajaran abad ke-21 guru dan pendidik pertu melengkapkan din mereka dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan proses PdP di dalam bilik darjah. Sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat PKP dan langkah-langkah pengawalan penularan pandemik COVID-19 pada tahun 2020 sehingga 2021, semua aktiviti PdP terpaksa dilakukan secara dalam talian. Melalui pendekatan PdPR, guru dan pelajar terpaksa melalui proses aktiviti yang yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini. Dalam memastikan aktiviti PdPR dalam talian ini guru-guru khususnya terpaksa menguasai pelbagal kemahiran mengajar secara dalam talian. Guru perlu kreatif dan inovatif ketika mengajar. Demikian juga dalam situasi PdP secara bersemuka yang dijalankan sepenuhnya pada tahun 2022, guru atau pendidik di sekolah, di universiti dan di mana-mana institusi pendidikan perlu memiliki kemahiran mengajar yang terkini, inovatif dan kreatif ketika mengajar.
Kreativiti guru dan pendidik akan menjadikan aktiviti PdP menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan pelajar. Justeru, buku Inovasi Pedagogi dan Kreativiti Guru ini membincangkan pelbagai inovasi PdP yang boleh digunakan guru dan pendidik untuk diaplikasikan di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, guru dan pendidik seharusnya memiliki kemahiran mengajar abad ke-21 meliputi pembelajaran dan kemahiran inovasi, kemahiran maklumat media dan teknologi, kemahiran hidup dan kerjaya yang terkandung dalam kurikulum. Kemahiran-kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam PdP di dalam kelas melalui ciri-ciri atau konsep kreativiti, pemikiran kritikal, kolaborasi dan komunikasi. Himpunan bab dalam buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan guru dan pendidik di pelbagai peringkat pendidikan, sama ada di peringkat sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya.