​Institusi Perubatan Islam: Akal Budi Melayu

RM30.00
9789674125462
3 item(s)
+

Institusi Perubatan Islam: Akal Budi Melayu

Editor: Nazri Muslim & Abdul Latif Samian

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674125462

Year: 2018

Weight: 0.150kg

Pages: 161 pp

Price: RM30

Buku ini diterbitkan dengan tujuan menambah korpus ilmu perubatan Melayu Islam khususnya tentang beberapa institusi perubatan Melayu Islam di alam Melayu. Orang Melayu dan keturunan mereka adalah orang awal yang berkerajaan di Asia Tenggara dan sekitarnya. Falsafah Melayu adalah akal budi Melayu yang menyeluruh, merangkumi tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai pengetahuan, dan alam kerohanian masyarakat Melayu. Dengan perkataan lain, akal budi Melayu adalah niat, kepercayaan, perasaan, pemikiran, dan tingkah laku orang Meyu yang dicetuskan dalam menangani pelbagai masalah. Akal budi Melayu juga dapat dilihat dalam peribahasa dan kesusateraan Melayu. Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan memperkenalkan konsep perubatan Islam diikuti dengan perkembangan sejarah perkembangan institusi perubatan Islam dari perspektif tamadun Islam. Selanjutnya dibincangkan mengenai perkembangan institusi perubatan Islam moden di Malaysia dan Indonesia yang telah bermula sejak zaman penjajah British dan Belanda lagi. Pengurusan Institusi perubtan Islam juga dibincangkan dari sudut pandangan Islam. Walu bagaimanapun, perbahasan akhir buku ini mengenai institusi perubatan Islam juga dan masa depannya yang semakin mendapat tempat di alam Melayu disebabkan kesedaran dan keinginan masyarakat kepada perubatan Islam.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI