Integrasi Ilmu Keunggulan Pendidikan Islam

RM30.00
9789674124212
7 item(s)
+

Integrasi Ilmu Keunggulan Pendidikan Islam

Author: Maimun Aqsha Abdin Lubis, Mohd Fuad Othman & Hidayat Shafie

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674124212

Year: 2017

Weight: 0.200 kg

Pages: 152 pp

Price: RM30

Buku ini menghimpunkan dan memperincikan konsep budaya ilmu menurut perspektif Islam yang menjadi tuntutan untuk mencapai kebaikan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sejarah membuktikan kejayaan sesebuah tamadun sangat berkait rapat dengan kemajuan dan budaya ilmu dalam masyarakat. Sesebuah tamadun yang cemerlang harus menitikberatkan soal pencarian dan pembudayaan ilmu. Namun, krisis intelektual bukanlah suatu yang mudah untuk diatasi kerana dasar pendidikan dunia yang kebanyakannya dikuasai oleh sistem pendidikan moden secular. Sistem pendidikan tradisional wujud bersama-sama dengan pendidikan moden, tetapi masih tidak mampu untuk menepis kekuatan pengaruh secular Barat dalam kemajuan ilmu pendidikan. Maka, usaha islaminasi ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia perlu diberi fokus supaya sistem pendidikan kini yang sedang membahagikan kehidupan umat Islam kepada dua aliran yang terpisah, iaitu agama dan kehidupan dunia dapat diintergrasikan semula. Oleh itu, usaha penerapan prinsip syariah Islam, pembinaan teori pendidikan berasaskan wahyu dan petunjuk Rasulullah SAW perlu diselaraskan dengan perkembangan teknologi. Bahkan perlu dipergiatkan lagi agar perkembangan ilmu sains dan teknologi menjadi asas pembangunan masa kini tidak lompong daripada roh Islam.


JAMINAN KAMI

ORDER DIPROSES & DIHANTAR SETIAP HARI

Bayar SEBELUM 10 AM, order akan diproses & dihantar pada hari yang sama.

Bayar SELEPAS 10 AM, order akan diproses & dihantar pada esok hari.

*ISNIN - JUMAAT (hari bekerja sahaja). Tiada penghantaran dibuat pada hari Sabtu, Ahad & cuti umum.

HUBUNGI KAMI